PENGENALAN TENTANG SAYA DALAM DUNIA JAHITAN

Assalamualaikum semua,

Sekarang hampir 18 tahun dalam bidang jahitan, banyak pengalaman yang ditempuhi, sekarang hanya ambil tempahan pukal, alteration atau tempahan untuk orang-orang terdekat sahaja, tak perlu sakit kepala. Aspek penting dalam bidang jahitan sebenarnya minat. Minat membuatkan kita banyak bersabar dan sentiasa ingin belajar.

Saya bersekolah di Sekolah Teknik(ERT) Setapak dalam bidang Teknologi Fesyen, habis SPM sambung di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki selama 1 tahun, masa itu, saya masih tak ada duit untuk membeli mesin jahit industri, saya bekerja dalam masa yang sama saya menjahit sikit-sikit di rumah menggunakan mesin portable, banyak juga hasil jahitan dari mesin portable seperti mengambil upah jahit lencana dan tanda nama, alter labuh baju.

Selepas beberapa tahun baru ada rezeki membeli mesin jahit industri, alhamdulillah saya mula mengambil tempahan baju kurung, langsir, jahit pukal dan macam- macam alteration, sibuk sangat sampai masak pun tak sempat, sampailah saya dapat sakit misteri, setahun saya lumpuh tanpa sebab, dah banyak hospital saya pergi tapi semua doctor cakap saya sihat, saya masih tak percaya yang saya sakit sebab kena buat orang, saya putus harapan, saya jual semua mesin- mesin saya, selepas pergi berubat alhamdulillah saya sembuh.

Setahun saya tak menjahit, rasa rindu nak menjahit, saya mula menjahit balik tapi saya berhati-hati, saya hanya ambil jahitan pukal sahaja, deal dengan seorang owner sahaja dan bertawakal dengan sumber jahitan pukal. Selepas 11 tahun, saya rindu nak sambung belajar, saya sambung di Giatmara dalam bidang Jahitan Pakaian Wanita Tahap 2 dan 3, tamat belajar saya sambung VTO untuk menjadi Tenaga Pengajar, tapi tak mengajar pun di Kolej kemahiran, sebab usia, cara kerja orang tua tak sama dengan cara kerja orang muda, jadinya saya simpan jelah sijil, kalau ada rezeki jadi tenaga pengajar alhamdulillah, kalau tak ada saya masih seorang tukang jahit.

Sampai di sini dulu coretan saya, selepas ini, saya mengajar asas jahitan pula.

Terima kasih semua, sudi baca.😊

Ulasan