PENGENALAN TENTANG SAYA DALAM DUNIA JAHITAN
Assalamualaikum semua, Sekarang hampir 18 tahun dalam bidang jahitan, banyak pengalaman yang ditempuhi, sekarang hanya ambil tempahan pukal, alteration atau tempahan untuk orang-orang terdekat sahaja, tak perlu sakit kepala. Aspek penting dalam bidang jahitan sebenarnya minat. Minat membuatkan kita banyak bersabar dan sentiasa ingin belajar. Saya bersekolah di Sekolah Teknik(ERT) Setapak dalam bidang Teknologi Fesyen, habis SPM sambung di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) dalam bidang Jahitan Pakaian Lelaki selama 1 tahun, masa itu, saya masih tak ada duit untuk membeli mesin jahit industri, saya bekerja dalam masa yang sama saya menjahit sikit-sikit di rumah menggunakan mesin portable, banyak juga hasil jahitan dari mesin portable seperti mengambil upah jahit lencana dan tanda nama, alter labuh baju. Selepas beberapa tahun baru ada rezeki membeli mesin jahit industri, alhamdulillah saya mula mengambil tempahan baju kurung, langsir, jahit pukal dan macam- macam alteration, sibuk sa...